BAHAN
600 gm sotong
5 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah
Mentega
3 biji kuning telur masin rebus-tumbuk
Daun kari

CARA:
1.Bersihkan sotong dan gaul dengan tepung jagung.
2.Panaskan minyak dan goreng sotong hingga garing. Angkat ketepikan.
3.Dalam kuali lain tumis bawang putih cili padi dan daun kari.
4.Kemudian masukkan mentega dan perlahankan api. Masukkan kuning telur masin dan kacau perlahan.
5.Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sebati.