Akaun Twitter SKMM pun diceroboh

Dari Penulis

CYBERJAYA – Akaun Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pun boleh kena ceroboh?

Itu persoalan ditimbulkan netizen berhubung kenyataan SKMM yang mengesahkan akaun Twitter rasmi suruhanjaya itu, @SKMM_MCMC, diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Namun hal itu bukan sesuatu yang terlalu luar biasa kerana pada 2019 akaun Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey pernah diceroboh.

Pada tahun lalu akaun Twitter milik beberapa individu dan organisasi terkemuka, antaranya Joe Biden, Bill Gates, Elon Musk dan Apple, dikesan diceroboh apabila menyiarkan entri mempromosikan penipuan berkaitan cryptocurrency.

Dalam kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat SKMM hari ini, suruhanjaya itu berkata, susulan itu, akaun Twitter rasmi berkenaan telah digantung untuk sementara waktu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaran mesej mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang dimuat naik melalui akaun berkenaan yang bukan dikeluarkan oleh pihak SKMM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This