SKMM beri masa 5 bulan patuhi kawal selia pelesenan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi masa lima bulan kepada platform media sosial untuk mematuhi kawal selia pelesenan yang telah ditetapkan kerajaan.

Sepanjang tempoh tersebut, SKMM akan terlibat secara aktif bagi melancarkan peralihan ke arah rangka kawal selia yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

“SKMM menggesa penyedia perkhidmatan untuk melaksanakan usaha bagi memastikan operasi mereka selari dengan kawal selia dan undang-undang tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

SKMM juga akan menjalankan soal selidik awam mengenai keperluan pelesenan untuk penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet.

Selain itu, suruhanjaya akan mengumpulkan maklum balas daripada pihak berkepentingan bagi memastikan kerangka akhir adalah adil, berkesan dan mencerminkan kedua-dua industri serta awam.

“Interaksi yang berterusan itu penting dalam membangunkan kerangka peraturan yang memenuhi keperluan dan kebimbangan semua pihak,” katanya lagi.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menangguhkan pelaksanaan pelesenan perkhidmatan media sosial termasuk pesanan internet yang akan dikuatkuasakan tahun hadapan.

Katanya, ia akan tetap diteruskan demi memastikan langkah proaktif kerajaan bagi melindungi kepentingan dan keselamatan pengguna tercapai.

Bagaimanapun, Asia Internet Coalition (AIC) menggesa kerajaan menghenti dan mempertimbangkan dengan teliti rancangan mengenai pelesenan untuk platform media sosial.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This