PM arah PDRM, SKMM ambil tindakan berita palsu berkenaan kenaikan minyak

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta untuk mengambil tindakan terhadap berita-berita palsu tentang kenaikan harga minyak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini SKMM telah mengesan 96 kandungan berita palsu mengenai harga minyak dan elektrik di media sosial.

“Kita bekerja dalam keadaan yang luar biasa dengan cabaran yang meningkat tetapi ini tidak mungkin memadamkan karenah orang-orang yang terus berdusta, membenci, sabotaj dan khianat.

“Berapa banyak berita-berita palsu tentang kenaikan harga minyak, tentang kenaikan harga barang kerana dasar-dasar yang tidak benar?

“Jadi saya ingin sekali lagi menyeru rakyat memilih, menyaring berita dan mencari fakta yang betul dan cuba sama-sama memantau keadaan, semak dengan rapi dan mengambil langkah untuk menyelamatkan keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita,” katanya menerusi taklimat ringkas, malam ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ekonomi negara berkembang positif kesan pelaksanaan reformasi Kerajaan MADANI – PM

MESKIPUN dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan namun perkembangan ekonomi negara menunjukkan petanda yang positif. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

More Articles Like This