Nikmat bertambah dengan kalimah ini…

Dari Penulis

Seringkali ungkapan “nasib baik” disebut tatkala beroleh keuntungan atau terselamat dari sesuatu musibah. Itu tandanya ada ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita sekalipun ada kalanya bencana yang menimpa cukup besar. Ungkapan ini sememangnya sangat popular di kalangan masyarakat Melayu. Sedangkan kalimah ini menurut sebahagian ulama termasuk dalam bahagian syirik kecil.

Sebutlah Alhamdulillah, kerana itu lebih bermakna. Ucapan ini merupakan interpretasi bagaimana manusia  mengucapkan tanda syukur dan terima kasih kepada  Allah secara langsung kerana Dialah penyelamat kepada musibah.

Tahukah anda dengan lafaz kalimah Alhamdulillah, Allah menjanjikan berbagai-bagai nikmat dalam kehidupan, antaranya:

1.  Nikmat berterusan di dunia dan akhirat.

Ini janji Allah sebagaimana firman Nya, “Sebagai  limpah  kurnia  dari Kami.  Demikian Kami memberi balasan kepada orang yang bersyukur.”  Surah al-Qamar: 35. 

2. Sentiasa mendapat perlindungan Allah.

Firman Allah dalam surah an-Nisa: 147 “Allah tidak akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui”

3) Dibukakan pintu rezeki

Beruntung bagi orang yang mengungkapkan kalimah Alhamdulillah kerana Allah berjanji akan menambahkan setiap nikmat Nya untuk mereka yang sentiasa bersyukur.  Firman Allah,

Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya  azabKu  amat keras.” Surah Ibrahim:  7. 

4)  Pahala sebagaimana orang berpuasa

Satu lagi nikmat bagi orang yang mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur apabila dijanjikan ganjaran pahala sebagaimana orang yang berpuasa.  Sabda Rasulullah s.a.w,

“Orang yang makan dengan bersyukur akan memperoleh tempat sebagaimana orang berpuasa yang  sabar.”  HR Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.  


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This