Sedapnya kek coklat moist. Hanya kukus dan hasilnya lembut dan gebu. Wajib cuba.

Dari Penulis

Kek coklat moist antara kek paling mudah untuk dibuat. Dan terpulang kepada pilihan masing-masing, mahu dikukus atau dibakar. Namun hasilnya terbaik dan cukup enak.

Resipi perkongsian Imah Halimah ini cukup senang dan tidak perlukan topping. Bolehlah dibuat bersama anak-anak untuk aktiviti sepanjang PKP 2.0 (Perintah Kawalan Pergerakan) nanti.

Bahan A

1 cawan minyak masak

1 cawan susu pekat

1 cawan susu cair

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula kastor

Bahan B – adun bersama

4 biji telur saiz A

1 sudu kecil esen vanila

Bahan C – ayak

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

Pilihan :

Coklat emulco

Cara :

1. Campurkan bahan A dan masak sebentar sahaja. Gunakan api kecil kerana serbuk koko mudah hangus. Pastikan adunan sekadar suam dan jangan sampai mendidih.

2. Tutupkan api. Kemudian masukkan telur yang telah diadun dengan esen vanilla.

3. Masukkan pula dua sudu kecil coklat emulco supaya adunan kek lebih gelap. Gaul sebati. Jika tidak masukkan pun tak mengapa.

4. Selepas itu masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder yang telah diayak. Kacau sebati sehingga tepung tidak berketul.

5. Masukkan ke dalam acuan.

6. Panaskan pengukus terlebih dahulu dan kukus adunan selama satu jam menggunakan api besar. Jangan lupa tutup bahagian penutup pengukus untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam pengukus dan menyebabkan kek mendap.

Langkah demi langkah :

Sumber : Facebook Imah Halimah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This