Kasut Converse, koleksi Michael Kors pilihan utama Kamala Harris

Dari Penulis

“Anggun,tegas, bijak’’ – itulah ciri-ciri yang dikaitkan dengan Kamala Harris yang mencatatkan sejarah bukan sahaja sebagai wanita pertama menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) tetapi juga keturunan India-Amerika pertama memegang jawatan tersebut.

Justeru tidak hairanlah, menjelang majlis angkat sumpah jawatan hari ini bersama Presiden AS, Joe Biden, Kamala dilihat lebih banyak ‘mencuri publisiti’ berbanding ‘bossnya’ itu. Ia bukan sahaja berkisar soal tugas rasminya tetapi juga penampilan di khalayak ramai.

Baru-baru ini, Kamala muncul sebagai penghias muka depan majalah Vogue dengan mengenakan pakaian koleksi Michael Kors. Ramai yang memberi respons positif dan ada juga yang memberi komen sebaliknya tetapi mereka tetap mengagumi wanita berusia 56 tahun itu.

Turut menarik perhatian bagaimana Kamala amat gemar memakai kasut Coverse yang dianggap kasut pilihan utamanya.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen, CBS News, Kamala berkata, ‘’Saya membesar bersama Chucks (istilah popular untuk ‘sneakers’ siri Chuck Taylor), saya menyukainya, bila dipakai rasa selesa.’’

Ketika berkempen dalam pemilihan Presiden AS baru-baru ini, Kamala beberapa kali dilihat memakai kasut tersebut.

“Saya memiliki hampir semua ‘sneakers’ Chuck Taylor. Tidak kiralah warna putih, versi tak bertali, yang sesuai dipakai ketika musim panas atau sejuk atau model yang sesuai dengan pakaian saya,’’ katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HWC Coffee lancar kempen ConnectKL, sasar perkukuh hubungan komuniti di Lembah Klang

Dalam dunia yang semakin pantas dan dipenuhi pelbagai tuntutan kehidupan, ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di hadapan...

More Articles Like This