Kavita Sidhu minta henti kongsi ciapan berunsur penghinaan mengenai Norlia Ghani. “Hormati dia sebagai seorang ‘senior”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Kavita Sidhu berang apabila namanya dan pelakon veteran, Norlia Ghani dijadikan bahan perbandingan dari segi kecantikan di laman sosial Twitter.

Ciapan individu tidak bertanggungjawab itu tular di media sosial dan cara dia membandingkan rupa paras ketika kedua-dua pelakon itu berusia 30 tahun dianggap satu penghinaan dan tidak wajar.

Enggan berdiam diri, Kavita meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan sikap segelintir netizen yang mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan kepada pelakon ‘senior’ seperti Norlia.

Malah, pelakon tinggi lampai itu juga meminta pengguna laman sosial untuk tidak mengulang kicau ciapan tersebut dan menghormati perasaan orang lain.

“Sekarang dan pada masa akan datang, kita perlu berbuat baik antara satu sama lain. Saya rasa bersalah ketika membaca ciapan yang tular berkenaan saya dan Norlia Ghani.

“Tolong berhenti merendah-rendahkan orang lain. Hormati beliau sebagai seorang yang ‘senior’, bintang filem veteran dan sebagai ibu kepada seseorang.

“Berhenti mengulang kicau status ciapan yang memalukan wanita lain. Adakah anda suka jika netizen bercakap perkara yang menyakitkan tentang ibu anda, mak cik dan rakan anda?

“Tolong berfikir tentang apa yang kita katakan. Puan Norlia Ghani ialah ibu kepada rakan saya. Terima kasih,” katanya di Instagram.

Sementara itu, di ruangan komen, Norlia turut dilihat membalas kenyataan Kavitha dengan berkata “Tak apa, tidak terasa hati,” tulisnya.

Terdahulu, nama Kavita, 49, dan Norlia, 72, tular di Twitter apabila seorang pengguna akaun terbabit memuat naik status mengenai skala kecantikan dan fizikal seseorang ketika berusia 30 tahun.

SEORANG pengguna Twitter teruk dikecam kerana memuat naik status perbandingan keantikan Kavitha dan Norlia

Individu itu menggunakan gambar mereka berdua sebagai bahan bandingan dan tindakannya itu hanya memakan diri apabila teruk dikecam oleh warga siber.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This