Terdapat banyak tempat di serata dunia yang manusia dilarang daripada mengunjunginya atas sebab-sebab tertentu. Ini antara 10 lokasi popular yang manusia tidak boleh sewenangnya datang menjejakkan kaki di sini.

1.The Lascaux Cave – Perancis

Gua Lascaux ini ini terletak di daerah Montignac, pertama kali ditemui oleh Marcel Ravidat ketika mengikut anjing peliharaannya memasuki sebuah terowong kecil yang membawanya ke dalam gua tersebut.

Gua Lascaux di Perancis.

Gua ini menyimpan sejarah peradaban manusia, dipercayai dari zaman Paleolitik melalui lukisan berbentuk haiwan yang dianggarkan berusia antara 15,000 – 17,000 tahun. Hasil seni yang terdiri dari kira-kira 1,500 ukiran dan 600 khazanah lukisan pada dinding-dinding gua begitu halus dan teliti.

Gua ini dibuka pada tahun 1948 untuk orang ramai sebelum terpaksa ditutup pada tahun 1963. Karbon dioksida, haba dan kelembapan yang dibawa masuk bersama pengunjung telah memudarkan warna pada lukisan di gua tersebut. Alga juga mulai tumbuh dan merosakkan dinding berkenaan. Sejak tahun 1963, tiada lagi kunjungan awam dibenarkan dibuat di Gua Lascaux bagi memelihara keasliannya.

2.Surtsey Island – Iceland

Sebuah pulau gunung berapi di pantai selatan Republik Iceland. Pulau ini terbentuk kesan daripada letusan volkano pada tahun 1967. Pengunjung tidak dibenarkan datang ke pulau ini. Manusia yang dibenarkan menjejak pulau tersebut hanyalah golongan saintis yang menetap dalam pondok kecil.

Pulau Surtsey di Iceland.

Para saintis menghalang campur tangan manusia di pulau ini kerana ingin mengkaji secara semula jadi bagaimana haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup dan berasimilasi dengan sebuah tempat baru.

3. Snake Island – Brazil

Pulau ular, terletak kira-kira 32 kilometer dari perairan Sao Paolo, Brazil. Penduduk tempatan memanggilnya sebagai Ilha da Quiemada Grande. Namanya sahaja sudah cukup menggambarkan bahawa pulau ini menjadi rumah kepada sekurang-kurangnya 4,000 ekor ular termasuklah ular yang paling berbisa di dunia, Bothrops insularis.

Pulau ular di Brazil.

Ular Bothrops insularis hanya boleh ditemui di pulau ini dan bisanya boleh mencairkan daging manusia. Rekod sejarah juga pernah menunjukkan beberapa orang telah mati dipatuk ular di pulau tersebut. Kerana itu kerajaan Brazil telah mengeluarkan amaran melarang pengunjung dari mengunjungi pulau tersebut.