4.North Sentinel Island

Pulau Sentinel Utara, terletak di perairan Laut Andaman. Pulau ini didiami suku Sentinel, salah satu penduduk asal kepulauan Andaman. Bangsa ini merupakan bangsa terpencil dan bebas daripada pengaruh luar selama 60,000 tahun lamanya.

Pulau ini barangkali menampung sejumlah 40 hingga 500 Orang Asli Sentinel yang masih berbaki. Dipercayai, suku ini masih mengamalkan budaya kanibal. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak mengalu-alukan kedatangan orang luar.

Pulau Sentinel Utara.

Ketika tsunami melanda pada tahun 2004, sebahagian besar kawasan di Laut Andaman terjejas. Helikopter telah dihantar dari pusat kawalan pantai India untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk di pulau tersebut, namun hanya sia-sia apabila mereka dipanah api. Tim tinjauan udara mendakwa mereka juga pernah dipanah api dan dibaling batu.

5.Area 51 – Amerika

Kawasan ini menjadi rahsia selama beberapa dekad sebelum akhirnya dibongkar oleh Central Intelligence Agency (CIA) pada tahun 2013. Kamera CIA berjaya merakamkan beberapa keping foto tapak itu yang beroperasi di tanah lapang di Nevada, Amerika Syarikat.

AREA 51 di Nevada.

Area 51 merupakan kawasan ketenteraan yang diasaskan sejak tahun 1950-an dan bertujuan untuk menguji operasi pesawat perisik U2 dan SR71. Jelas sekali, kawasan ini tidak mengalu-alukan kedatangan orang awam. Pemasangan ratusan sensor membuatkan hanya selangkah anda melepasi garisan sempadan, amaran akan berbunyi menyebabkan anda tertangkap dalam masa beberapa saat.

6.Mount Weather – Amerika Syarikat

Dengan begitu banyak bencana alam yang terjadi, Amerika mengambil inisiatif menubuhkan Mount Weather Emergency Operation Centre (MWEOC) di Bluemont, Virginia.

Mount Weather.

Ia berupa sebuah tempat perlindungan yang dilengkapi dengan pejabat, asrama tempat tidur dan ruang makan di bawah ibu pejabat Federal Emergency Management Agency (FEMA). Tapi, bukan untuk semua orang! Tempat ini hanya dibuka kepada ketua tentera dan orang awam yang berstatus tinggi jika berlaku sebarang bencana.