7.The Vatican Secret Archives – Vatican

Merupakan sebuah arkib. Tidak kira betapa terkenal atau besar jawatan anda, tidak mudah tempat ini akan berkompromi. Hanya sarjana yang benar-benar serius dalam bidangnya sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan ini di kota Vatican, antara negara terkecil di dunia. Kuota yang dibenarkan terhad kepada 1,000 orang setahun. Kelayakan masuk pula perlu diperbaharui setiap enam bulan.

Arkib rahsia Vatican.

Para sarjana juga perlu mengemukakan surat permohonan yang menjelaskan dengan spesifik bahan yang ingin diteliti dan dihadkan kepada tiga bahan sahaja sehari. Mengambil foto dilarang sama sekali, dan itu menjelaskan mengapa sarjana menghabiskan masa di bilik bacaan dengan menyalin semula bahan yang diminta.

Arkib ini menyimpan sekurang-kurangnya 35,000 peti besi dengan 53 batu sistem rak yang menyamai jarak 80 kilometer. Kebanyakan bahan yang terkumpul merupakan surat peribadi dan rekod sejarah berharga dari Pope terdahulu.

8.The Mormon Church Vault – Amerika

Sebuah gereja di Utah, bahagian barat Amerika. Ia terletak di bawah gunung Little Cottonwood Canyon, gunung batu granit yang digali sedalam 700 kaki. Pintunya dikatakan seberat 9 hingga 14 tan, cukup untuk menjaga bahan di dalamnya daripada kerosakan nuklear.

Mormon Church.

Hampir 3.5 bilion gambar berbentuk mikrofilem, rakaman suara dan media digital disimpan di situ, manakala hasil bertulis mungkin mencecah tiga bilion muka surat. Gereja ini bukan untuk kunjungan awam. Tujuan utamanya adalah untuk memelihara bahan primer yang sudah berusia hampir satu abad.

9.Moscow Metro-2 – Moscow

Landasan Moscow Metro-2 di Rusia dibina betul-betul di bawah landasan utama yang beroperasi untuk orang awam kira-kira 15 kaki di atasnya. Kereta api bawah tanah kedua ini dikatakan dibina pada zaman pemerintahan Joseph Stalin, diktator yang memerintah Soviet Union sekitar tahun 1920-an sehingga 1953.

Landasan Moscow.

Tujuan ia dibina untuk menghubungkan empat bandar utama. Tiga daripadanya dipercayai bertempat di ibu pejabat Federal Security Service (FSS), lapangan terbang Vnukovo-2, dan bandar bawah tanah di Ramenki. Selebihnya, tiada siapa yang benar-benar tahu butiran terperinci landasan rahsia ini kerana pintu pagarnya tidak pernah dibuka kepada orang awam.

10.Svalbard Seed Vault – Norway

Disebut sebagai ‘bank benih’. Ia merupakan pusat simpanan benih tanaman terbesar yang dibina di dalam gunung dan mampu bertahan dari segala bencana alam. Dibuka pada tahun 2008, pusat penyimpanan benih ini didirikan di pulau Spitsbergen di Norway, di selatan Kutub Utara.

Pusat simpanan benih Svalbard.

Jutaan benih tanaman dikumpul dari seluruh dunia, disimpan di sini. Tujuannya, sebagai persediaan jika dunia hancur. Jika bumi hancur kerana bencana alam atau peperangan, biji benih ini akan digunakan untuk memulakan kembali kehidupan.

Tidak sewenangnya boleh masuk ke sini. Hanya petugas dan pengkaji yang mendapat keizinan sahaja boleh memasukinya, itupun ia hanya dibuka beberapa kali saja dalam setahun untuk petugas. Selebihnya, pusat ini dikawal sistem yang ketat dari pusat kawalan.