Isnin, rahsianya ada pada waktu hening Ahad

0
18

Warna putih mewakili hari Isnin. Istimewanya warna putih ialah ia merangkumi semua warna, maka warna putih antara warna yang terkuat. Bukan itu sahaja, warna putih turut mempunyai ion negatif. Ion negatif sebenarnya membantu kita untuk lebih bersemangat.

Itu kata Pengasas Colour Vibration Therapy Sdn. Bhd. Prof Emiretus Dr Sir Norhisham Wahab. Tambahnya, hari Isnin juga merupakan hari yang memberi ilham. Sejujurnya segala tindakan adalah bermula daripada ilham. Dengan ilham, segala perancangan dapat diatur dengan sistematik.

Jika kita hendak mendapatkan ilham, lazimnya terjadi pada hari Isnin. Mengapa? Kerana pada hari Isnin merupakan hari yang paling banyak maklumat. Maklumat yang datang adalah dari semua penjuru.

Sebaiknya untuk mencari ilham dan semangat itu bermula pada tengah malam Ahad. Menurut kajian, ia lebih berkesan kerana pada ketika itu waktu yang hening cukup memberangsangkan untuk otak kita mencari ilham yang bakal diekspresikan.

Waktu hening adalah sepanjang hari dan ia bermula pada tengah malam hari Ahad.

Waktunya boleh berlaku antara jam 12 tengah malam hingga pagi. Pada tempoh ini, warna yang dominan adalah putih. Putih melambangkan warna bulan yang menerangi malam yang gelap.

Namun harus diingatkan bahawa mereka yang ingin mendapatkan keistimewaan itu perlu berehat sebentar setelah aktif sepanjang hari. Maksudnya di sini, mereka perlu menikmati dahulu tidur yang berkualiti bermula jam 9 malam dan kemudiannya bangun kembali menjelang tengah malam.

Disebabkan itulah, mereka yang bangun pada tengah malam akan mendapat manfaat daripadanya seperti mana kelebihan solat tahajud. Ia tidak akan berkesan sekiranya seseorang itu tidak rehat sebelumnya kerana badan mereka telah penat dan tindakannya itu tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Sekiranya mereka mengamalkan tidur awal dan bangun pada tengah malam, badan mereka akan mendapat ion negatif yang tinggi terutamanya di bahagian otak. Tenaga yang kita dapat pada waktu hening tersebut, kita boleh bawanya sepanjang hari malah bertahun-tahun lamanya sekiranya kita pandai menguruskannya.

Akan tetapi harus diingat bahawa ion juga boleh merosot, dan anda perlu tahu bagaimana untuk mengembalikan kuasanya.

Setiap hari warna berbeza

Adapun, setiap hari mewakili warna yang berbeza. Sudah pasti setiap kejadiannya ada kaitan antara satu sama lain. Begitulah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita dengan warna terutama jika kita kaitkan dengan warna putih ini.

Warna putih adalah sangat reaktif. Warna putih merupakan atom fluorida. Atom jenis ini boleh bertindak sebagai membersihkan atau menyucikan. Ambil sahaja contoh ubat gigi yang sememangnya mengandungi fluorida. Ia dapat membersihkan gigi daripada kotoran dan cela.

Malah jika diikutkan tubuh badan yang membawa kuasa warna putih ini terletak pada ubun-ubun kepala. Sudah pastinya kita mengetahui bahawa kepala merupakan tumpuan utama pada badan. Melalui cahaya putih yang bermula dari atas kepala, sudah pastinya ia dapat menyalurkan tenaga untuk keseluruhan badan.   

Putih warna untuk hari Isnin. Pakailah baju putih insya Allah mempengaruhi kerja anda

Jadi sebaiknya, pada hari Isnin, datanglah ke tempat kerja dengan memakai baju yang berwarna putih mahupun perhiasan atau barangan yang mempunyai unsur-unsur putih. Secara tidak langsung ia dapat mempengaruhi perjalanan kerja atau tindakan kita sepanjang hari.

Tidak mengapa jika kita terlepas mencari ilham di tempat kerja kerana kita masih boleh dapatkan di mana-mana asalkan ilham tercetus dan seterusnya memberi platform untuk melaksanakan sesuatu tugas. Cuma apabila mencari ilham di persekitaran kerja, hasilnya lebih efektif berbanding jika berada di luar ruang kerja.  

Selain itu, mereka yang datang kerja pada hari Selasa masih boleh meningkatkan produktiviti kerja. Hari Selasa merupakan warna merah jambu yang membawa erti hari untuk idea.

 “Berbalik kepada hari Selasa, lazimnya idea yang meluncur dari minda turut dipengaruhi oleh sikap seseorang juga. Idea yang baik haruslah terlahir daripada individu yang murah hati dan penuh rasa kasih sayang. Mereka yang sentiasa marah dan cepat melenting, biasanya idea tidak dapat dikeluarkan. Idea merupakan satu seni yang halus. Jadi pastikan diri berada di dalam keadaan yang bersedia barulah idea datang dengan mudah.

Begitu juga dengan hari Rabu. Hari Rabu mewakili warna biru dan pada hari ini digalakkan untuk melakukan pertemuan dan perbincangan antara pekerja. Berbeza pula dengan hari Khamis, ia mewakili rahsia warna kuning dan oren. Inilah hari yang paling produktiviti untuk kerja. Malah hari Khamis juga rezeki mudah masuk serta untuk membuat keputusan. Sehinggalah hari Jumaat yang membawa rahsia alam untuk warna hijau. Ia lebih menjurus kepada rahsia untuk lebih melaksanakan tugasan.

Kesimpulannya, hari Isnin bukanlah hari yang menakutkan dan mencetuskan fobia. Sebaliknya, hari Isnin memiliki sumber khazanah kekayaan yang muncul dalam bentuk ilham. Jika ingin berjaya, ikutilah segala disiplin ini. Wallahu a’lam