Kejutkan suami untuk sarapan atas katil, wanita cedera parah disimbah air panas

0
216
Keadaan bahagian belakang badan Rukiye yang cedera para selepas disimbah air panas oleh suaminya.


Bersarapan di atas katil mungkin nampak romantik bagi pasangan suami isteri, tetapi kadang kala jika tersilap langkah ia boleh mendatangkan petaka.

Itulah nasib seorang wanita di Konya, Turki apabila disimbah air panas oleh suaminya ketika mahu mengejutkan lelaki untuk menikmati sarapan atas katil, baru-baru ini.

Memetik laporan The Sun UK, kejadian yang menyebabkan Rukiye Ay, 23, cedera parah di badannya itu bermula apabila dia membawa makanan ke dalam kamar tidur dengan harapan untuk bersarapan dengan lelaki yang dicintainya itu.

Namun sebaliknya berlaku apabila Ali Ay yang masih mengantuk, marah apabila tidurnya terganggu. Pertengkaranpun berlaku antara mereka kerana Ali mahu terus tidur manakala Rukiye berkeras mahukan suaminya bangun sarapan.

Rukiye borsama suaminya, Ali.

“Saya menyiapkan semua makanan. Kemudian saya membangunkan suami saya, untuk memberitahunya bahawa ada sarapan di atas tempat tidur. Tapi dia sangat marah dan bertanya mengapa saya memaksanya untuk bangun. Ia juga meminta agar saya tidak mengganggu tidurnya. Akhirnya, saya hanya bersarapan dengan anak saya sebelum Ali datang dengan wajah marah,’’ katanya.

Walapun Rukiye menjelaskan, dia hanya mahu memberi kejutan kepada suaminya namun alasan itu tidak diterima sebaliknya Ali mengancam akan menceraikan Rukiye dan menuntut penjagaan ke atas anak perempuan mereka.

Belum cukup dengan ancaman itu, Ali menyimbah air panas di leher dan belakang Rukiye. Pada mulanya lelaki itu mahu menyimbah air panas ke muka Rukiye, tetapi wanita tersebut sempat mengelak.

‘’Saya terus melarikan diri dan dapat merasakan bagaimana baju saya melekat di atas kulit yang melecur dan air panas juga kena kaki anak kami,’’ katanya yang tidak menyedari mengalami kecederaan parah di bahagian belakang badan hingga pinggang.

Ali ditahan untuk siasatan tetapi dibebaskan dengan jaminan sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai yang mahu lelaki ditangkap semula.