“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya…sila padam atau kami kenakan tindakan…” – Siti beri amaran kepada ‘scammer’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar dan namanya untuk mengaut keuntungan peribadi.

Menurut Siti,42, perbuatan tersebut akan mendatangkan fitnah dan memburukkan reputasinya sebagai seorang selebriti.

“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya, buat akaun dan cuba nak ‘scam’ orang ini? Saya tegaskan, ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, menipu dan memperdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita laporkan akaun ini beramai-ramai.

“Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama serta gambar saya pula. Ini bukan sahaja mendatangkan fitnah tetapi reputasi saya juga.

“Akaun ini cuba ‘scam’ orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut. Pada zaman ini, kita semua kena buka minda supaya tidak terpedaya dengan ‘scammer’ seperti ini,” katanya.

SITI berkongsi akaun palsu yang menggunakan nama dan wajahnya untuk tipu orang ramai

Dalam pada itu, Siti turut memberi amaran kepada pemilik akaun tersebut untuk segera memadamkan akaun tersebut sebelum pihaknya mengambil tindakan tegas.

“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda atau kami kenakan tindakan tegas. Kalian jangan terpedaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaitu @ctdk, tidak ada akaun lain,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi entri lain di Instagram, Siti turut berkongsi masih ada lagi pihak yang tidak beretika menipu dengan menggunakan wajahnya sebagai strategi pemasaran dalam perniagaan.

“Bila saya muat naik tentang akaun ‘scammer’ tadi, rupanya banyak lagi yang gunakan gambar saya dan jadikan akaun untuk bisnes lain pula.

LAGI akaun palsu yang sengaja menggunakan nama dan wajah Siti

“Saya memang tidak ada masalah nak sokong perniagaan sesiapa sahaja dan saya tahu dalam keadaan sekarang semua orang terjejas tetapi jika salah guna, menipu dan juga gunakan pula gambar saya, ini perbuatan yang tidak betul.

“Janganlah berniaga dengan memperdaya orang, carilah keberkatan di dalam apa jua yang kita buat. Tolong jangan terpedaya dan sila laporkan akaun-akaun yang guna nama saya,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This