Pensyarah rugi hampir RM1 juta, terpedaya skim pelaburan tak wujud

Dari Penulis

SEORANG pensyarah wanita di sebuah institusi pendidikan di Melaka mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan keuntungan hanya dalam tempoh dua hingga lima minit.

Mangsa berusia 40 tahun itu dikatakan berminat dengan tawaran pelaburan ‘belajar trading saham’ menggunakan aplikasi Moo Moo yang diiklankan di aplikasi Instagram pada 28 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, mangsa menekan klik pautan iklan tersebut dan kemudiannya berhubung dengan suspek melalui WhatsApp.

“Mangsa diarahkan memuat turun aplikasi Moo Moo melalui pautan yang diberikan bagi tujuan pendaftaran akaun pelaburan.

“Bermula 1 September hingga 18 Oktober, mangsa telah membuat 20 transaksi pindahan wang ke sembilan akaun bank berbeza seperti diarahkan suspek dengan jumlah keseluruhan RM914,758.82,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memberitahu, biarpun begitu mangsa tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan.

Katanya, kali terakhir mangsa diarahkan untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM20,000 sebagai yuran suku tahun sebelum keuntungan boleh dikeluarkan.

“Menyedari dirinya telah ditipu, mangsa telah hadir ke Balai Polis Jasin untuk membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya.

Tambah beliau, dalam usaha membanteras kegiatan penipuan pelaburan, pihaknya menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan membuat semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Adakah beliau mendapat tawaran? Srikandi Bersatu luah rasa kecewa atas tindakan Alwiyah

SRIKANDI Bersatu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Alwiyah Talib yang memilih untuk meninggalkan parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan...

More Articles Like This