Otak bergeliga bak kata allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Setiap tindakan yang dibuat pemimpin haruslah ada implikasi positif kepada individu sekitarnya. Sama seperti tindakan wanita ini apabila mengambil keputusan bijak menyediakan taska secara percuma bagi pekerjanya.

Menerusi perkongsian Hasniza Hassan, dia dan suami faham akan tuntutan kos yang tinggi bagi keluarga yang memiliki anak yang ramai, malah kesukaran mendapatkan pengasuh yang baik juga antara sebab mereka nekad menyediakan perkhidmatan taska percuma kepada pekerja di Ana Global Ventures.

Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan semangat moral dan produktiviti pekerja.

“Bestnya ada nursery percuma”.

“Ini feedback yang selalu Kak Has dapat daripada staf yang bekerja di kumpulan Ana Global Ventures, walaupun staf yang masih bujang.

“Kak Has anggap staf seperti keluarga sendiri dan faham macam mana susahnya mak ayah nak tinggalkan anak-anak di rumah pengasuh. Bukan saja dari segi kos yang makin meningkat, tapi juga dari aspek nak mendapatkan penjaga yang serasi dan boleh dipercayai. Lepas tu kena berkejar waktu balik untuk ambil anak, kalau lambat terpaksa bayar OT.

“Sebab itu Kak Has dan suami menyediakan nursery di tingkat 2 pejabat kami untuk memudahkan staf. Alhamdulillah sejak tahun 2015 dah beroperasi. Walau berapa pun orang anak dihantar, semuanya percuma. Kak Has nak semua mak ayah yang bekerja dengan kami rasa selamat dan tenang apabila anak-anak ada dekat dengan mereka.

“Yang masih menyusu pun boleh menunaikan tanggungjawab dengan tenteram dan selesa. Ada apa-apa, jenguk sahaja di atas. Kalau rindu, tak sampai 5 minit dah boleh peluk cium anak.

“Alhamdulillah pengasuh yang kami panggil Nenek memang bijak melayan anak-anak dekat sini. Bulan 2 ni akan bertambah seorang lagi ‘Nenek’ bagi memenuhi keperluan cucu yang bertambah hehe.

“Insya Allah bila staf gembira, secara tak langsung produktiviti pun meningkat dan kami pun tak perlu banyak beri arahan. Mereka tahu tugas masing-masing dan amanah yang perlu disempurnakan. Untuk stokis dan rakan niaga aka rania syarikat pula, memang ada bilik khas untuk menempatkan anak-anak yang terpaksa dibawa mengikut mak dan ayahnya training di Dewan Seminar syarikat. Ada bilik untuk anak-anak bermain, ada juga bilik menyusu kerana dari dulu kami di kumpulan Ana Global Ventures sangat menyokong penyusuan susu ibu.

“Kak Has selalu mendoakan moga keluarga ANA ini terus bahagia dan maju ke hadapan bersama-sama, insya Allah menjadi pasukan yang mampu memartabatkan ekonomi ummah serta memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.

Bilik penyusuan turut disediakan.
Dilengkap dapur bagi menyediakan hidangan kepada anak-anak asuhan.

#AnaGlobalVentures

#EvolusiJihadEkonomi

#keluargaANAbahagia

Sumber : Facebook Hasniza Hassan