Majikan boleh sediakan penginapan, makanan dan pengangkutan kepada pelatih industri – Menteri

Dari Penulis

KEMENTERIAN Sumber Manusia menyarankan majikan atau syarikat swasta yang terlibat dengan pengambilan pelajar sebagai pelatih industri melihat beberapa alternatif dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan selain pemberian elaun.

Menteri berkenaan V. Sivakumar menerusi kenyataan hari ini memaklumkan alternatif yang dicadang termasuk penyediaan penginapan, makanan dan pengangkutan bagi meringankan bebanan pelajar.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pengurusan penetapan elaun bagi pelajar latihan industri yang bergantung kepada majikan atau syarikat swasta.

“Beliau turut menyarankan agar majikan atau syarikat swasta yang mengambil pelajar ini memberi elaun sara hidup sebagai sumbangan atau bantuan kepada pelajar,” katanya. 

Beliau berkata pihaknya juga akan meneliti dan membuat pertimbangan secara menyeluruh serta mengambil tindakan yang sesuai berhubung isu elaun dengan mengambil kira pandangan serta keperluan pihak terlibat termasuk pelatih dan industri bagi sektor swasta.

Katanya kerajaan masih belum mewujudkan polisi atau garis panduan mengenai elaun latihan industri untuk syarikat swasta kerana ia adalah isu kompleks yang memerlukan kajian dan perundingan mendalam dengan pelbagai pihak berkepentingan terutama Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Kerajaan komited untuk memastikan semua pelatih, tidak kira mereka di sektor awam atau swasta, mendapat layanan yang adil dan saksama. Jika perlu, kerajaan akan mewujudkan garis panduan yang jelas dan terperinci mengenai pembayaran elaun latihan industri atau praktikal di sektor swasta,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This