Tiada jutaan pengunjung, Batu Caves lengang

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Setiap kali sambutan Thaipusam, persekitaran kawasan Batu Caves cukup sesak dengan kehadiran jutaan pengunjung yang terdiri daripada penganut Hindu dari seluruh negara.

Malah sambutan penting bagi masyarakat Hindu itu juga lazimnya menarik ribuan pelancong asing yang ingin melihat keunikan perayaan ini.

Selain upacara unik, suasana Batu Caves setiap kali Thaipusam biasanya turut meriah dengan peniaga di sepanjang jalan menuju ke kuil.

Namun lain pula keadaan pada tahun ini apabila tinjauan UtusanTV semalam mendapati keadaan di situ lengang kecuali kawanan merpati yang sinonim dengan persekitaran kuil berkenaan.

Kelihatan Suasana lenggang di Kuil Sri Subramaniam tanpa persiapan sambutan Thaipusam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Batu Caves, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid
Seorang pengunjung memberi makanan kepada sekumpulan burung merpati di hadapan Kuil Sri Subramaniam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Batu Caves, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan, penganut agama Hindu akur dengan arahan tersebut bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Bagaimanapun kebenaran khas untuk pergerakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves dibenar dengan syarat pergerakan pedati tidak diiringi sepanjang perjalanan dua hala dan tanpa sebarang persinggahan di mana-mana lokasi.

GAMBAR: Abd Razak Aid
Peniaga bunga, S. Vijay, 26, menyiapkan bunga malai walaupun sambutan Thaipusam pada tahun ini tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Batu Caves, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Kebenaran bersyarat ini diberikan sebagai menghormati upacara penting dalam sambutan Thaipusam.

Thaipusam pada tahun ini tidak dapat disambut seperti tahun-tahun sebelum ini berikutan kes harian COVID-19 masih melebihi 3,000 kes harian, yang membawa kepada  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di seluruh negara kecuali negeri Sarawak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This