Tiada PKP, situasi COVID-19 terkawal walau kes cecah 20,696 – Dr Dzulkefly

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk melaksanakan sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, situasi COVID-19 setakat ini masih lagi terkawal meskipun angka kes baharu sudah mencecah 20,696.

Malah, katanya lagi, situasi semasa juga sama sekali tidak membebankan fasiliti kesihatan dan KKM sudah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan mengadakan sidang media berhubung status Covid-19 di Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Malaysia kini sedang menghadapi peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, itu kita akui, KKM berharap agar situasi ini dapat dilalui tanpa perlu mengulangi sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jadi kita tidak bercakap tentang PKP, buat masa ini kita tidak bercakap mengulangi PKP sebab ada bertanya, banyak kegusaran di situ, saya jelaskan tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di KKM, Putrajaya hari ini.

Baca artikel lain: Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Disember

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menjangkakan, jumlah kes COVID-19 akan terus meningkat kerana ia merupakan fenomena global.

Beliau juga menegaskan, KKM memilik stok vaksin yang mencukupi bagi memenuhi permintaan dan orang ramai boleh mendapatkannya di fasiliti kesihatan awam dan swasta.

“Kita menjangkakan bahawa kes akan terus meningkat, ini adalah salah satu seperti mana disebut fenomena global, di mana kes COVID-19 dalam suasana semua negara mengalami peningkatan kes.

“Walau bagaimanapun kita akan terus memantau supaya situasi itu terkawal. Selalunya jika berlaku lonjakan kes ianya akan berakhir empat hingga enam minggu,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kisah ‘ini kalilah’ Tangkak dan panglima mencatur permainan

BARU-BARU ini saya pulang ke kampung di Melaka, saya keluar ikut tol Tangkak, Johor. Keluar dari tol, saya menghala ke...

More Articles Like This