i-Sinar KWSP wajib zakat jika penuhi syarat

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan i-Sinar memang hangat, malah sampai ke hari ini masih ramai berbunyi meminta dilonggarkan syarat bagi kategori dua.

Namun satu aspek yang jarang ditanya tetapi mustahak kepada pencarum beragama Islam ialah apakah wang berkenaan wajib dikenakan zakat atau pun tidak?

Menurut info ringkas Lembaga Zakat Selangor (LZS), pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sama ada melalui i-Lestari atau i-Sinar wajib dikenakan zakat sekiranya memenuhi syarat.

Namun jelas LZS, jika wang KWSP dikeluarkan dalam keadaan terpaksa akibat ketiadaan atau terjejasnya sumber pendapatan, maka tidak diwajibkan mengeluarkan zakat.

Bagaimanapun, pengeluaran itu wajib dizakatkan jika pemohon melakukan pengeluaran dalam keadaan pilihan iaitu masih mempunyai sumber pendapatan yang mampu menanggung keperluan hidup asasi.

Jelas LZS dalam maklumat berkenaan, berdasarkan Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 (Pindaan) berkaitan pengeluaran simpanan KWSP sebelum mencapai umur 55 tahun, dimaklumkan adalah wajib zakat ke atas jumlah wang yang dikeluarkan.

Oleh itu, setiap pengeluaran KWSP melalui skim i-Lestari dan i-Sinar wajib dizakatkan sekiranya memenuhi syarat-syarat.

Justeru, pencarum yang mengeluarkan i-Sinar kena peka dengan situasi ini. Jika ragu-ragu, rujuk agensi zakat berkaitan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This