Bekas isteri keluar jumpa kekasih, Keith Foo jaga anak

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR: Ketika bekas isterinya sudah dikhabarkan bertemu pengganti, aktor Keith Foo antara insan yang paling gembira mendapat tahu hal berkenaan.

Baginya, biarpun sudah berpisah dengan Kim Raymond sejak hujung tahun 2019, kebahagiaan bekas isterinya selain anak mereka, Skylar Raymond Foo, tetap menjadi keutamaan.

“Saya pernah beritahu dekat dia (bekas isteri) yang saya tumpang gembira dengan kehadiran pengganti dalam hidupnya. Saya harap yang terbaik untuk dia.

“Malah pada satu tahap kalau dia nak pergi ‘dating’ dan jika saya punya masa lapang, saya boleh tolong menjagakan anak perempuan kami.

“Cuma saya saja belum ada pengganti. Saya pun selesa dengan keadaan begini buat sementara waktu. Saya terbuka untuk bercinta cuma belum masanya. Anak pun sudah isi kekosongan hati saya,” kata duta produk suplemen kulit Crystal C White itu.

Bagi Keith atau nama sebenarnya, Foo Chuan Chin, dia dan bekas isterinya selesa dengan hubungan baik yang terjalin selepas berpisah.

“Pada akhirnya kami ada anak. Tak pernah timbul nak kembali kepadanya. Saya dan dia pun selesa dan lebih positif dengan hubungan selepas berpisah. Buat apa nak ubah sesuatu yang sudah menggembirakan.

“Memang ada yang tanya kenapa perlu berpisah sedangkan masih boleh baik bersama. Persoalan itu bersifat subjektif. Perpisahan (perceraian) mungkin dianggap sebagai sesuatu yang negatif. Tapi jika ia baik untuk keseluruhannya, maka itulah pilihan yang ada.

“Kalau bertahan dalam hubungan yang tak sihat pun ia akan beri kesan buruk kepada anak kami. Malah berpisah ini buat kami jadi lebih positif.

“Saya dan bekas isteri sepakat nak jaga anak kami sebaik mungkin. Ibarat anak takkan rasa yang ibu bapanya sudah berpisah biarpun belum cukup besar untuk memahami semua yang berlaku. Anak pun tak sunyi dan tak rasa terpinggir,” ujarnya.

keith foo
KEITH bahagia bersama anak perempuannya yang berusia empat tahun

Pelakon kacukan India, Cina itu mengakui kesunyian itu mula datang menerpa.

“Sebab itu saya sibukkan dengan kerja lakonan. Saya pun nak aktif dan mahu fokus dalam dunia seni tahun ini. Selain itu saya aktif juga dalam kerja amal dengan St John Ambulance Malaysia Negeri Sembilan. Saya sampai jadi ketagih nak beri sesuatu bermanfaat untuk masyarakat.

“Cara sebegitu buat saya lupakan rasa sunyi. Kalau saya tak buat apa, mungkin akan murung dan negatif. Saya kena ubah minda untuk gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Saya pun rajin bersenam dan buat aktiviti kecergasan.

“Kalau saya larut dengan rasa negatif termasuk sunyi, apa pula akan jadi pada anak. Saya kena ubah diri jadi lebih baik daripada sebelumnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Keith mengakui sudah mula membuang tatu di badannya menerusi tajaan pembedahan laser.

“Tatu itu saya buat ketika berusia 18 tahun. Sejak setahun lebih saya sudah mula lakukan proses membuang tatu. Saya nak lebih ‘bersih’ dan memudahkan proses kerja berlakon.

“Saya pun tak nak susahkan produksi nak sunting tatu yang ada di badan. Ada tatu di badan pun membataskan ruang lakonan saya kerana kerap diberi peranan sebagai lelaki Melayu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketih sempat melunaskan baki penggambaran drama 22 episod, Yang Bakal Mati Ramadan Ini untuk siaran Awesome TV sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan baru-baru ini.

Baca artikel: Gaun dedah bahu, tak sesuai dengan imej bertudung. Ini komen Natasha Hudson


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

‘Saya tak kejar populariti’ – Iman Zulkarnain tolak publisiti murahan

Dalam dunia hiburan yang sering diukur melalui populariti dan perhatian media sosial, pelakon Iman Zulkarnain memilih untuk membina kerjayanya...

More Articles Like This