Gaun dedah bahu, tak sesuai dengan imej bertudung. Ini komen Natasha Hudson

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – NAMA Natasha Hudson panas sejak petang semalam selepas menggayakan busana rona putih rekaan Rizman Ruzaini yang menampakkan seolah-olah sebahagian bahu kanannya.

Malah ada yang beranggapan busana yang digayakan di sidang media pelancaran produk Crystal C White di Menara KL itu tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

“Busana ini disediakan oleh pengasas produk, Datin Reena Zach. Ia berlapik kain berwarna kulit (nude) sebenarnya. Saya hanya mengikut tema majlis saja yang turut ada unsur glam.

“Saya pun sebenarnya bukan memakai gaun sebegini sepanjang masa. Saya hanya memakainya saja dan tak rasa ia keterlaluan. Saya pun tak ada masalah dengan gaun itu.

“Saya tak salahkan sesiapa dan tak ambil peduli hal orang. Mereka nak cakap apa … lantaklah,” katanya yang menjadi wajah wakilan produk berkenaan.

NATASHA Hudson

Menurut ibu tunggal kepada tiga anak ini, dia mempunyai pilihan busana lain.

“Ada baju lain yang labuh kainnya dan tak sesuai untuk bergerak. Gaun yang saya pakai ini lebih memudahkan saya dan lebih santai.

“Cuma biasalah mata netizen yang akan melihat sudut menampakkkan bahu itu sebagai hal besar.

“Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara itu lagi,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baju itu bukan beli dengan air liur, hormat pembeli baju itu,” – Penganjur

Dalam perkembangan lain, Natasha sepatutnya membintangi sebuah filem dari Indonesia tahun lalu.

“Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula di sana. Penggambaran filem itu sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah. Tapi kerana masalah pandemik ia terbantut.

“Harapnya 2021 akan memberi tuah kepada saya dalam soal kerjaya seni,” katanya.

Mengenai komitmen dan tanggungjawab sebagai wajah wakilan produk suplemen kulit itu, Natasha mengakui bersyukur diberi peluang dan rezeki berkenaan

“Saya sendiri sudah berbelas tahun rapat dengan orang kuat produk ini. Jadi ia memudahkan kerjasama ini.

“Produk ini juga membangun dengan pantas dan membantu ramai menjana pendapatan. Kita tahu ramai terkesan di musim pandemik ini,” katanya

Pada majlis pelancaran produk itu, aktor Keith Foo turut diumumkan sebagai duta.

TONTON VIDEO PILIHAN:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Mama takut kecewakan kakak lagi…,” – Demi impian Tiara nak adik, isteri Achey cekal tempuh rawatan IVF

DI sebalik tawa dan jenaka yang sering menghiburkan jutaan peminat, pelawak popular Achey memendam hasrat dan tekad yang besar...

More Articles Like This