SEMALAM, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah terbang ke negara jiran, Indonesia atas lawatan kerja.
Namun, perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang pelakon Sweet Qismina yang berasakan situasi tersebut tidak adil bagi rakyat biasa yang terpaksa berkorban dalam semua hal lebih-lebih lagi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan untuk merentas sempadan negara.
Menurutnya lagi, dia kasihan dengan nasib abangnya yang terpaksa berpisah dengan isteri yang berada jauh di Indonesia, lebih-lebih lagi mereka baharu sahaja mendirikan rumah tangga.
“Abang saya lama tak jumpa isteri di Indonesia, sejak tahun lepas dan baharu kahwin.
“Tetapi Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu sahaja. Saya patut minta beliau bawa abang saya bersama. Mana adil macam ini,” luahnya.

Tidak dapat dipastikan, sama ada ciapan pelakon berusia 23 tahun itu sekadar gurauan atau sebaliknya.
Difahamkan, lawatan kerja Muhyiddin ke Indonesia selama dua hari itu atas kapasiti menerima jemputan Presiden Joko Widodo.
Ia merupakan lawatan pertama sejak dilantik menjadi Perdana Menteri.
Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi
TONTON VIDEO PILIHAN

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

