Bagi peminat-peminat Sinetron Indonesia, mereka pasti mengenali Nia Ramadhani. Walaupun kini tidak lagi berlakon namun wanita ini masih aktif dalam dunia hiburan kerana terlibat bidang pengacara.
Namun begitu Nia Ramadhani sering menjadi perhatian netizen berikutan tindak tanduk yang kadangkala dianggap kontroversi dan ada pula mendapat pujian.
Berikut lima perkara dikumpulkan oleh portal berita m.Kumparan.com yang memungkinkan artis cantik ini menjadi perhatian.
*Tak tahu kupas buah salak
Pada tahun 2019, Nia Ramadhani trending di Twitter apabila klip video dia tidak tahu mengupas buah salak tular. Apa yang menarik video itu asalnya dimuatnaik oleh suaminya Ardi Bakrie melalui akaun instagram.

‘’Ada orang disuruh minta bukain (kupas) salak, dia tanya gimana cara bukanya. Kamu serius, enggak (tak) tahu caranya? Masa (tak kan) enggak tahu cara cara buka salak?,’’ kata Ardie dalam klip itu ketika Nia Ramadhan memegang buah itu.
Pelakon Sinetron ‘Bawang Putih, Bawang Merah’ itu membalas pertanyaan suaminya sambil menggeleng kepala dan bertanya apakah mengupas buah salak boleh menggunakan pisau?
‘’Memang enggak bisa (tak boleh). Gimana (macam mana), dong? Karena aku enggak suka makan buah. Bisa (boleh) buka (kupas) salak minta tolong orang aja, boleh enggak? katanya.
*Panik dan dilihat tidak boleh goreng telur
Januari tahun lalu, Nia Ramadhani sekali menarik perhatian ramai kerana kelihatan kekok apabila menggoreng telur dalam rancangan Ngopi Dara.
Pada awalnya, pelakon itu nampak santai ketika memecah telur dan memasukkannya dalam kuali, namun mula menjerit apabila berlaku percikan minyak.

‘’Enggak (tak) mau, ah. Ini gimana (bagaimana), ya, gue (saya)? Kok, jelek (buruk) bentuk (telur)nya,’’ kata Ni Ramadhani. Bagaimanapun melalui akaun Instagramnya, dia mendakwa sengaja berlakon tidak pandai memasak.
*Menasihati anak
Biarpun dilihat kontroversi namun Nia Ramadhani turut mendapat pujian apabila menasihati anaknya, Mikhayla Zalindra Bakrie.
Dalam klip video yang tular pada Oktober lalu itu, Nia Ramadhani melarang anak sulungnya itu membaca komen-komen dalam media sosial kerana kerap terdapat bahasa kesat yang tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak.

“Makanya (Oleh itu) Mama enggak pernah mau kamu punya Instagram karena komentar orang-orang itu, kalau kamu baca-bacaain (baca), kadang mereka enggak mikir (tidak fikir), asal aja ngomong (cakap ikut suka). Itu sama kejadiannya kayak (macam) yang tadi, before you talk, you have to think. If you don’t have something nice to say…,’’ kata Nia Ramadhani kepada anaknya itu.
Belumpun sempat menghabiskan kata-katanya, Nia Ramadhani melihat Mikhayla mengerutkan kening sambil menunjukkan ke arah Ipad yang ada di hadapan ibunya.
Sambil ‘membaling’ gajet itu, Nia Ramadhani berkata, ‘’No, enggak usah baca mereka semua’’.
Satu lagi klip video yang tular ialah bagaimana Nia Ramadhani menasihatkan Mikhayla untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Ia turut mendapat pujian netizen.
‘’Pokoknya selalu bersyukur kamu punyanya apa (apa yang dimiliki), just focus what you have. Mikhayla tidak boleh focus on what you don’t have karena sampai kapan (bila) pun pasti akan selalu ada what you don’t have,Be grateful, okay,? kata Nia Ramadhani.
*Perkenalkan diri ketika hubungi rakan
Pada tahun lalu juga, Nia Ramadhani turut menjadi bualan dalam Twitter apabila memperkenalkan diri ketika menghubungi pengacara televisyen, Kiky Saputri melalui direct message (DM) Instagram, sedangkan netizen kata ramai orang termasuk Kiky sudah kenal siapa Nia Ramadhani.
‘’Haalooo Kikiiii.Apaa kabar? Ini Nia.’’

Sikap Nia Ramadhani itu mendapat pujian netizen dan harus dicontohi apabila kita menghubungi orang lain.
‘’Nia Ramadhani yang udah cakep (cantik), terkenal, nyapa orang aja memperkenalkan diri dulu. Ini elu (kau) udah jelek (buruk), nge-chat (berbual) orang pake (guna) P P P pula,’’ kata seorang netizen dalam ciapannya.
*Kontroversi jadi pengacara TikTok Awards Indonesia 2020
Baru-baru ini, Nia Ramadhani dibanjiri kritikan oleh netizen. Pelakon berusia 30-an itu dianggap berkelakuan tidak sesuai dan tidak memahami tugasnya sebagai pengacara TikTok Awards Indonesia 2020 bersama Raffi Ahmad.

Dalam klip video yang tular, ketika Raffi sedang memperkenalkan para tetamu penting di acara tersebut, Nia Ramadhani dilihat membetulkan pakaiannya.
Netizen menganggap Nia Ramadhani tidak sesuai menjadi pengacara. Ada juga yang menegur pelakon itu kerana kerap memotong kata-kata Raffi dan ucapan wanita itu kerap menyimpang daripada tajuk yang diperkatakan.