Tuduh PM enggan dikuarantin, Puad berhadapan tindakan undang-undang jika tak minta maaf

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut Datuk Mohd Puad Zarkashi memohon maaf secara terbuka susulan dakwaannya bahawa perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, PMO menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu gagal berbuat demikian.

Kenyataan itu memberitahu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diserahkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dan dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta pada Jumaat 5 Februari 2021.

‘’Beliau pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah,’’ kata kenyataan itu.
Kenyataan juga menyebut, fitnah yang dilemparkan Mohd Puad itu adalah berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Perdana Menteri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This