Selepas luahan hatinya tular minggu lalu, Fauziah Nawi ke Istana Negara hari ini

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Selepas luahan hatinya merayu industri hiburan diberi kelonggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular, pelakon terkenal, Fauziah Nawi bersama sekumpulan anak seni mengadakan pertemuan bersama beberapa pegawai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Berkongsi perkata itu di Facebook beliau, Fauziah menjunjung kasih di atas keprihatinan Seri Paduka yang prihatin terhadap keluh kesah penggiat seni yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP.

“Alhamdulillah, atas titah perkenan Seri Paduka Baginda, patik bersama beberapa rakan seperjuangan dapat untuk bertemu dengan pegawai-pegawai Istana Negara pada pagi hari ini.

“Dalam pertemuan ini, patik-patik semua telah diberi peluang meluahkan dan menyuarakan masalah dan keperitan yang dihadapi serta keadaan sebenar yang diharungi oleh anak-anak seni pada ketika ini,” katanya.

Jelas beliau, mereka semua memberi beberapa pandangan supaya anak-anak seni tanpa mengira cabang diberi kelonggaran dari segi prosedur operasi standard (SOP) untuk bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

“Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji. Sejak penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan PKP, anak-anak seni tidak terkecuali dari tekanan ekonomi yang melanda ramai rakyat Malaysia.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada pikak MKN, KKMM, KKM, FINAS dan semua persatuan-persatuan dalam industri seni di atas usaha-usaha baik dalam menangani permasalahan yang sedang dihadapi,” jelasnya.

Tambah Fauziah, semoga luahan dan perkongsian mereka mendapat perhatian Seri Paduka Baginda yang amat prihatin terhadap nasib dan keperitan hidup rakyat yang amat terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

“Patik-patik semua mendoakan semoga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan serta berada di bawah perlindungan Allah SWT serta kekal memerintah negara dan menaungi rakyat dengan adil dan saksama,” ujarnya.

Minggu lalu, Fauziah menyatakan kesediaan dan sanggup berjumpa pembesar negara termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi memohon kebenaran untuk penggiat seni menjalankan penggambaran.

Luahan Fauziah itu yang juga keluh kesah ramai anak seni termasuk di belakang tabir menjadi tular kerana mereka antara golongan terkesan dengan PKP kerana masih belum dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

Sedangkan kebanyakan mereka pekerja bebas atau dalam erti kata lain, ada kerja ada gaji.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This