Pelumba F1 Fernando Alonso kemalangan ketika berbasikal

Dari Penulis

PARIS – Pelumba Formula Satu (F1), Fernando Alonso terbabit dalam kemalangan apabila dilanggar sebuah kereta ketika berbasikal di Switzerland semalam dan dikatakan mengalami keretakan tulang.

Pasukan Formula Satu, Alpine mengumumkan juara dunia dua kali dan pemandu dari Sepanyol itu “sedar dan berada dalam keadaan baik” dalam kemalangan yang berlaku di Lugano, berhampiran sempadan Switzerland dan Itali.

“Alpine F1 Team mengesahkan pemandu berusia 39 tahun itu terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika berbasikal di Switzerland,” kata Alpine dalam satu kenyataan.

Menurut laporan media, wajah dan rahang Fernando berada dalam keadaan agak ‘parah’ dengan beberapa keretakan tulang dan memerlukan pembedahan.

BERBASIKAL merupakan antara aktiviti yang gemar dilakukan Fernando Alonso bersama rakan.

Alonso yang menang kejuaraan dunia pada 2005 dan 2006, dijangka akan kembali ke F1 bersama Alpine pada saingan pembuka tirai Grand Prix Bahrain pada 28 Mac selepas kali terakhir berlumba tiga tahun lalu.

Sesi ujian musim baharu akan berlangsung di Bahrain antara 12-14 Mac namun sumber memberitahu AFP pembabitan pemandu itu tidak akan menjadi masalah.

Alonso menyertai pasukan berkenaan yang dijenamakan semula daripada Renault F1 oleh pengeluar dari Perancis itu untuk kempen kali ini selepas terbabit dalam perlumbaan Indianapolis 500, 24 Hours of Le Mans dan Rali Dakar. – AGENSI


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This