Ismail Sabri buat laporan polis, sifatkan dua video tular berniat jahat

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini membuat laporan polis berikutan tular dua video pendek yang disifatkan berniat jahat dan mahu merosakkan nama baiknya.

Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbarnya, Azlina Md.Rosdy, Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata, laporan polis tersebut bertujuan menghentikan penularan fitnah terhadap beliau.

“Dua video pendek yang dilihat bukan sahaja cuba merosakkan nama saya, tetapi juga cuba menimbulkan keadaan huru-hara antara kaum,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Azlina mewakili Ismail Sabri membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ismail Sabri menjelaskan, video pendek pertama adalah ketika beliau membuat sidang media harian berkaitan Covid-19 pada 14 April tahun lepas.

‘’Video tersebut ditularkan kononnya ia adalah sidang media terbaru dan seakan-akan bertujuan mengelirukan rakyat kononnya tiada lagi saman dan kompuan akan dikenakan sekiranya melanggar SOP sebaliknya akan terus dipenjarakan. Ia adalah video lama dan kerajaan telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam pelaksanaan SOP,” katanya.

Video kedua pula kata Ismail Sabri bertajuk, ‘Sendiri buat SOP sendiri langgar’ sebenarnya adalah rakaman beliau hadir dalam satu majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 15 September tahun lepas.

Beliau berkata, video tersebut dengan sengaja disebarkan kononnya majlis itu adalah bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Ingin saya tegaskan bahawa majlis tersebut diadakan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP). Ketika pelaksanaan PKPP, majlis perkahwinan juga dibenarkan, temasuklah majlis-majlis lain. Maka, tiada pelanggaran SOP yang berlaku,” katanya.

Ismail Sabri berkata, penyebaran video ini boleh menyebabkan timbulnya kemarahan rakyat sekali gus menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada beliau dan kerajaan.

“Penyebaran video ini ternyata berniat jahat kerana dikatakan video terbaru sewaktu PKP,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This