Liverpool tewas tiga kali berturut-turut, Klopp ‘mangsa terbaru’ Rodgers

Dari Penulis


Liverpool tewas lagi. Selepas kecundang 1-4 kepada Manchester City minggu lalu, pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu ‘tersungkur’ 1-3 kepada Leicester dalam pertemuan di King Power Stadium, malam ini.

Lebih memeritkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu itu dikalahkan oleh pasukan yang dibimbing oleh bekas jurulatih mereka, Brendan Rodgers.

Gol kemenangan Leicester dijaringkan oleh James Maddison, Jamie Vardy dan Harvey manakala Mohamed Salah menjaringkan gol ‘saguhati’ untuk Liverpool.

Kekalahan itu menyukarkan lagi laluan Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan. Pasukan tersebut kini berada di tangga keempat manakala Leicester berada di tangga kedua di belakang Manchester City dengan 46 mata.

Klopp dianggap pengurus dari kelab besar yang terbaharu menjadi ‘mangsa’ Rodgers selepas bekas Pengurus Liverpool itu membimbing pasukannya mengalahkan Tottenham Hotpurs di bawah kendalian Jose Mourinho 2-0 pada Disember lalu.

Ketika musim 2020/2021 bermula, Rodgers memastikan pasukannya menumpaskan Manchester City yang dikendalikan oleh Pep Guardiola 5-2 di Etihad Stadium.

Sementara itu, kecundang kepada Leicester bermakna Liverpool mengalami kekalahan ketiga-tiga berturut-turut. Liverpool juga dijangka ‘tersingkir’ dari tangga lima teratas jika West Ham dan Chelsea mencatatkan kemenangan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This