PENYANYI dan pelakon Mark Adam,42 meluahkan rasa syukur apabila terpilih menjadi penyampai radio Hot FM yang baharu bagi segmen Geng Pagi Hot (GPH) bermula hari ini.
Pemilihan Mark itu sekaligus menamatkan teka-teki siapakah yang akan menggantikan kerusi yang ditinggalkan oleh Shuib Sepahtu.
“Bismillahirrahmanirrah! Assalamualaikum semua. Syukur alhamdulillah dengan peluang dan rezeki yang di berikan.
“Dalam kerjaya ini, saya tahu betapa besarnya tanggungjawab, saya berjanji untuk melakukan yang terbaik setiap hari untuk semua. Insyallah,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.
Mark akan bersiaran bersama Fizie pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.
Shuib membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya kerana ingin memberi fokus dalam bidang perniagaan.
Sementara itu, status penggantungan tugas Shuk Sahar sebagai penyampai Hot FM sejak 25 Januari lalu, masih belum diputuskan.
Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

