Puisi Pelita Hatiku sempena Hari Ibu, Fizie buat ramai tersentuh hati

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BERSEMPENA sambutan Hari Ibu, penyampai radio Fizie Roslan membuat luahan hati berbentuk puisi yang menyentuh hati orang ramai.

Puisi berjudul Pelita Hatiku yang dibaca oleh Fizie itu dikongsikan menerusi media sosial stesen radio Gegar FM berserta kapsyen “Kalau ini kali terakhir kami boleh…’.

Dalam hantaran itu Fizie bersama kesemua penyampai radio berkenaan meluahkan penghargaan dan terima kasih kepada ibu masing-masing.

Fizie berkata, ibunya iaitu Sarimah Bahazin, 62, seorang suri rumah yang sentiasa memastikan keluarga terjaga dan tidak kenal erti lelah memberikan kasih sayang kepadanya dan dua lagi adik.

“Bila diberikan tugasan untuk membuat konten itu, saya memilih untuk membaca puisi sebagai luahan penghargaan buat ibu saya.

“Tidak ternilai pengorbanan seorang ibu dan tidak ada penghargaan yang mampu membalas jasa yang diberikannya kepada kita sebagai anak.

“Saya sendiri akan sentiasa mencari masa untuk hubungi ibu saya di kampung setiap kali ada peluang meskipun sibuk bekerja,” katanya kepada URTV.

Fizie juga berpesan kepada semua yang masih mempunyai ibu supaya berusaha membahagiakan mereka dan merakam momen bersama sebagai kenangan.

Begitu juga bagi mereka yang memiliki ibu mentua, perlu menghargai dan menyayangi mereka sama seperti ibu sendiri.

“Alhamdulillah ibu mentua saya, Hasmah Mohamad juga banyak menyokong kerjaya seni dan mempercayai kebolehan saya,” ujarnya.

FIzie turut berkongsi dia yang juga duta Maamy Mineral Essence iaitu produk yang diasaskan oleh Hasmah, berjaya memujuk ibu mentuanya itu melebarkan empayar perniagaan ke sekitar Lembah Klang.

“Ada juga cerita menarik, sempena Hari Ibu ibu mentua saya akhirnya setuju untuk mempunyai pejabat di Avenue Crest, Shah Alam dalam usaha memperkenalkan produknya ke pasaran lebih luas,” katanya.

Akui Fizie, dia antara insan bertuah kerana masih diberikan rezeki mempunyai ibu dan ibu mentua untuk berkasih sayang.

“Macam saya katakan tadi, selagi Allah berikan kita peluang dan ibu masih bernyawa kita perlu menghargai dan memberikan yang terbaik,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bakal lalui kemoterapi 6 bulan, Shahronizam Noor akui kerjaya seni mungkin terganggu

KECEKALAN pelakon berdedikasi, Shahronizam Noor, dalam melawan kanser tulang belikat sememangnya mengagumkan. Bagaimanapun, bintang veteran berusia 53 tahun itu...

More Articles Like This