Langgar terma perjanjian: Hot FM tamatkan kontrak Shuk Sahar

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KONTRAK dan perkhidmatan Shuk Sahar sebagai penyampai radio Hot FM ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim berkata, hasil keputusan itu dicapai selepas siasatan dalaman mendapati Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini.

“Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk, seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatan beliau sebagai penyampai radio Hot FM. Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya.

Terdahulu, kontrak perkhidmatan Shuk digantung buat sementara pada 24 Januari lalu untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman yang terperinci terhadap isu beliau yang tular di media sosial.

Hasil daripada siasatan dalaman yang dijalankan, pihak pengurusan Hot FM mengesahkan bahawa kontrak perkhidmatan Shuk ditamatkan kerana beliau didapati melanggar kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.

Pihak pengurusan Hot FM turut mengumumkan segmen Geng Pagi Hot (GPH) telah tampil dengan wajah baru bermula 15 Februari menerusi gandingan Fizie dan penyampai baharu Hot FM, Mark Adam.

“Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.

“Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH. Harapan kami agar para pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” menurut Anida.

GPH bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.

Sebelum ini, industri hiburan kecoh apabila isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah membuat pendedahan mengenai kecurangan suaminya di laman sosial Instagram.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This