Hannah Delisha dah kahwin, pelakon Singapura jadi pilihan

Dari Penulis

PELAKON Hannah Delisha memaklumkan dirinya kini sudah sah bergelar isteri kepada seorang pelakon kelahiran Singapura, Imam Shah.

Perkongsian pelakon Bukan Kahwin Paksa dengan memuat naik dua keping gambar pernikahan mereka di Instagram itu telah membuatkan ramai terkejut dengan berita tersebut.

Menerusi entri tersebut, Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch,24, meluahkan rasa syukur akhirnya setelah lima tahun menjalinkan hubungan cinta, mereka kini disatukan sebagai pasangan suami dan isteri.

“Akhirnya, selepas lima tahun. Alhamdulillah. I Love You @imamemy,” katanya ringkas di ruangan kapsyen.

BERITA BERKAITAN Hannah Delisha buang 800 gambar dedah aurat di Instagram

Sementara itu, menjengah ke Instagram Imam atau nama penuhnya Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib,32, dia turut berkongsi gambar-gambar sekitar hari bahagianya.

Dalam pada itu, pengurus Hannah iaitu Dura ketika dihubungi URTV berkata, pelakon itu akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, kenyataan media, Hannah akan kongsikan sendiri secepat mungkin,” ujarnya.

Difahamkan, pasangan sama cantik dan sama padan itu dinikahkan di negara kelahiran mereka di Singapura.

Ruangan komen mereka turut dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang mendoakan rumah tangga dibina akan berkekalan hingga syurga.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya tak kejar populariti’ – Iman Zulkarnain tolak publisiti murahan

Dalam dunia hiburan yang sering diukur melalui populariti dan perhatian media sosial, pelakon Iman Zulkarnain memilih untuk membina kerjayanya...

More Articles Like This