7 rahsia pisang

Dari Penulis

Pisang adalah buah-buahan yang mempunyai banyak khasiat dan juga manfaat. Jom ikuti rahsia tentang pisang yang mungkin ramai tidak tahu.

1.TENAGA
Pisang membekalkan karbohidrat yang diperlukan untuk menggantikan glycogen (gula untuk otot) yang digunakan dalam aktiviti fizikal.

2.KAYA POTASSIUM
Pisang membantu sistem aliran dalam tubuh menghantar oksigen ke otak, mengekalkan degupan jantung dan mengimbangi air dalam badan. Ia juga baik untuk otak dan membantu pelajar lebih cerdas.

3.PERUT SIHAT
Sukar buang air? Cuba pisang! Pisang mengandungi serat mudah larut yang tinggi. Ia juga membantu usus berfungsi dengan baik dan mencegah sembelit.

4.RASA GEMBIRA
Siapa sangka pisang boleh membuat anda rasa gembira? Pisang mengeluarkan tryptophan, sejenis bahan yang memberi kesan kepada ‘mood’ seseorang. Tryptophan berubah menjadi serotonin dalam otak, mempertingkatkan ‘mood’ dan membuat kita merasa gembira.

5.KAYA ZAT BESI
Jika menghidapi anemia atau kurang darah, cuba makan pisang kerana ia kaya dengan zat besi. Makanan yang banyak zat ini merangsang penghasilan hemoglobin dalam darah.

6.VITAMIN B
Pisang mengandungi vitamin B dan mineral lain yang boleh mengurangkan kesan ketagihan nikotin secara fizikal dan psikologikal. Jadi, jika anda seorang perokok yang ingin berhenti merokok, cuba makan pisang. Ia mungkin dapat membantu.

7.VITAMIN B6
Pisang turut mengandungi vitamin B6 yang mengawal tahap glukos dalam darah, dan membantu mengawal ‘mood’.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This