Cara mudah masak Talam Tokyo… mudah dan tak guna banyak bahan

0
891
talam tokyo

Juadah talam Tokyo ini antara variasi talam yang sangat popular. Tidak menggunakan banyak bahan, ia amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan kuih yang sedap dan lazat ini.

BAHAN LAPISAN BAWAH
60 gm suhun – rendam sehingga lembut dan potong kecil
250 gm sagu biji merah – basuh dan tuskan
100 gm kelapa parut
400 ml santan
1 sudu kecil garam

BAHAN LAPISAN ATAS
100 gm tepung kastard
800 ml santan pekat

CARA

1.UNTUK LAPISAN BAWAH : Satukan ke bahan lapisan bawah dan masukkan dalam loyang 10 x 10 yang dialas dengan plastik. Kukus selama 20 minit.
2.UNTUK LAPISAN ATAS : Satukan ke semua bahan lapisan atas dan kisar sehingga sebati. Masak di atas api sederhana dan kacau sehingga naik wap.
3.Kemudian tuangkan adunan di atas lapisan bawah dan kukus lagi selama 20 minit.
4.Potong dan sedia dinikmati.
Azimah mansor
Resepi: Azimah Mansor (Zie Azie Bakery & Class)

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi