BTS tewaskan Beyonce dan Kanye West, paling popular di Twitter!

Dari Penulis

KUMPULAN K-pop popular, BTS menduduki tangga pertama dalam senarai artis paling banyak diciap (tweet) sepanjang tahun lalu oleh pengguna laman sosial Twitter di Amerika Syarikat (AS).

Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh Twitter, BTS menjuarai carta Top 10 sekaligus mengenepikan kedudukan Kanye West, Beyonce, Harry Styles dan Bad Bunny.

Selain BTS, kumpulan K-pop ATEEZ, NCT DAN EXO juga berada dalam senarai 10 teratas.

Kejayaan luar biasa BTS itu merupakan hasil daripada single berbahasa Inggeris berjudul Dynamite yang berjaya menembusi pasaran industri muzik Amerika Syarikat.

Malah lagu yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu itu turut mengungguli carta lagu Billboard Hot 100.

BTS yang ditubuhkan pada 2013 dianggotai oleh RIM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook, bernaung di bawah syarikat pengurusan Big Hit Entertainment.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Charli xcx ‘tawan’ Bukit Bintang, Nothing bawa kempen global

Di kawasan tumpuan ramai pelancong, Bukit Bintang tampil dengan wajah berbeza minggu ini apabila jenama telefon pintar dan audio...

More Articles Like This