Lisa Surihani hamil anak ketiga

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani kini sedang hamil.

Yusry berkongsi berita gembira itu menerusi entri di Instagramnya.

Walau bagaimanapun Yusry tidak memperincikan usia kandungan dengan lebih lanjut.

“Selepas muat naik gambar sempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka-teki sama ada isteri saya mengandung.

“Pada hari ini, ada wartawan meminta pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini tidak perlu membuat pengumuman kerana lambat-laun orang akan tahu juga,” katanya.

Dalam pada itu, Yusry turut melahirkan rasa kesyukuran dengan anugerah yang diberikan buat keluarganya.

Malah, dalam masa sama, Yusry turut menitipkan doa kepada pasangan yang masih menanti agar diberikan rezeki cahaya mata.

“Anugerah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla dan ia sudah dikongsikan kepada keluarga dan rakan rapat.

“Terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun untuk mendapatkan zuriat.

“Ia bukan sesuatu yang senang untuk dilalui. Dan kami harap semoga doa mereka dimakbulkan, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.

“Tambahan pula dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititik beratkan.

“Moga Allah SWT melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan untuk kami,” tuturnya.

Semalam Yusry telah memuat naik gambarnya bersama Lisa sempena ulang tahun kesembilan di Instagram.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ialah apabila peminat mempersoalkan bentuk badan Lisa yang berisi dan kelihatan seperti sedang berbadan dua.

Untuk rekod, Yusry dan Lisa berkahwin pada 22 Februari 2012.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne,4.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This