Kes menjunam kepada 1,924 daripada 3,545 kes semalam

0
141
kes menjunam

SELEPAS menyaksikan peningkatan mendadak semalam dengan merekodkan 3,545 kes semalam, kes baharu COVID-19 menjunam ke angka di bawah 2,000 hari ini.

Sebanyak 1,924 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari Khamis, menjadikan jumlah kumulatif positif adalah sebanyak 293,698 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,918 adalah kes tempatan manakala enam
kes merupakan kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 12 kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 1,100 kes.

BERITA BERKAITAN: “Titik permulaan penamatan COVID-19” – KP Kesihatan

Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 666 kes diikuti oleh Johor (257) dan Sarawak (219).

Sementara itu Negeri Sembilan yang mencatatkan lonjakan semalam merekodkan sebanyak 62 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, lapan lagi kluster baru dikenal pasti pada hari ini  melibatkan lima kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Sebanyak 205 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu seramai 91 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Kes-kes kematian pada hari ini pula melibatkan sembilan kes di Selangor, dua  kes di Sarawak, dan satu kes di Pulau Pinang.

Status Covid-19 (25/2/2021)

1924 : Kes Baharu
3752 : Kes Sembuh

263,761:Total Sembuh
28,837 : Kes Aktif
293,698 : Total Kes

205 : Rawat Di ICU
91 : Intubated

12 kematian (Total 1100)

Tertinggi : Selangor 666, Johor 257, Sarawak 219 WP KL 218

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.