Dera, bunuh anak: Suami isteri dihukum gantung sampai mati

Dari Penulis

TINDAKAN tidak berperikemanusiaan pasangan suami isteri terhadap anak perempuan mereka akhirnya terbalas, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah mereka didapati bersalah kerana membunuh.

Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan tersebut ke atas Anuar Yusof, 55, dan isterinya Murni Ahmad, 40, yang merupakan ibu tiri mangsa, Siti Hajar, 22, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, terhadap kes pendakwaan.

Ketika penghakiman, Zainal Azman berkata berdasarkan fizikal simati, ia jelas menunjukkan beliau telah dibiarkan terlalu lama tanpa makanan yang cukup, diabaikan rawatan kesihatan dan turut didera sehingga beratnya hanya kira-kira 18 kilogram.

Katanya, fakta tersebut (pengabaian dan penderaan) telah dimaklumkan oleh pihak pakar bedah, ketika dipanggil memberi keterangan dan ia gagal disangkal oleh kedua-dua tertuduh.

“Adalah sesuatu yang mustahil perbuatan mereka berlaku dalam tempoh sehari dua, sebaliknya mangsa mungkin menderita selama berbulan-bulan. Kedua-dua tertuduh pastinya menyedari kesakitan yang dialami mangsa, namun tidak mengambil apa-apa tindakan mahupun memberi rawatan sewajarnya, sehinggalah berlaku kematian,” katanya memetik laporan Bernama.com.

BERITA BERKAITAN: Prosiding Mahkamah Rayuan secara dalam talian esok, banduan ikuti kes dari penjara

Selain pasangan tersebut, dua lagi anak mereka iaitu Siti Sarah Anuar, 26, dan Amir Sharif Anuar, 19, turut didakwa atas pertuduhan yang sama, namun mahkamah telah melepas dan membebaskan mereka selepas didapati tidak bersalah.

Zainal Azman berkata Siti Sarah dan Amir Sharif turut berada dalam jagaan pasangan itu, namun tidak banyak yang boleh dilakukan, kerana turut terikat dengan tindakan ibu bapa mereka.

Keempat-empat tertuduh didakwa secara bersama-sama membunuh Siti Hajar di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai di Chukai pada 10.45 malam, 26 April 2016.

Pihak pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil 24 orang saksi, manakala tertuduh menampilkan tujuh saksi termasuk keempat-empat tertuduh.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This