Kapal persiaran hampir karam terlanggar batu di Langkawi, 4 kru selamat

Dari Penulis

EMPAT kru sebuah kapal persiaran terselamat apabila kapal itu hampir karam selepas terlanggar batu di kedudukan kira-kira 0.3 batu nautika selatan Pulau Lalang dekat Langkawi, malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, kapal persiaran ‘Epic Princess’ itu sedang dalam perjalanan dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang ke Langkawi.

Menurutnya, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima laporan daripada salah seorang kru kapal yang turut melibatkan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Laut Malaysia.

“Kapten kapal berumur 42 tahun serta tiga kru kapal berumur antara 26 hingga 54 tahun yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah diselamatkan oleh kapal KM Tenggol,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau kapal yang hampir karam berkenaan kemudian ditunda ke Boustead Shipyard, Langkawi untuk tindakan lanjut.

BERITA BERKAITAN 33 hari terkandas di pulau tak berpenghuni,3 warga Cuba diselamatkan

Sementara itu, Mohd Zawawi mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memaklumkan destinasi kepada keluarga dan membawa bekalan makanan yang mencukupi sekiranya ingin melakukan aktiviti di laut.

“Kita juga akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Zon Maritim Malaysia dan orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan ke Pusat Operasi Maritim Kedah dan Perlis di talian 04-9662750,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This