Gal Gadot hamil, peminat doa kali ini dapat anak lelaki

Dari Penulis

PENAMPILAN Bintang filem adiwira Wonder Woman 1984, Gal Gadot ketika tampil sebagai penyampai di Anugerah Golden Globes 2021 baru-baru ini menjadi bualan hangat.

Gadot,35, dilihat memakai gaun pendek berwarna putih daripada jenama terkenal Givenchy yang agak longgar di bahagian perut hingga tercetus spekulasi mengenai dirinya yang sedang berbadan dua.

Enggan terus meninggalkan teka-teki kepada peminatnya, Gadot telah berkongsi sekeping foto bersama keluarganya sambil memegang perut.

“Here we go again,” tulisnya ringkas di Instagram.

Namun, pelakon tinggi lampai ini tidak pula berkongsi usia kandungannya.

Ramai peminatnya teruja dan gembira dengan berita tersebut. Malah, mereka juga berdoa agar Gadot dikurniakan bayi lelaki untuk kehamilan ketiga itu.

Gadot berkahwin dengan Yaron Versano pada 2008. Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Maya dan Alma.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This