Lagu Mantan Isterimu kisah perempuan gila talak – Haiza

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SETELAH dua tahun tidak menghasilkan lagu baharu, Haiza akhirnya menarik nafas lega apabila single terbaharunya berjudul Mantan Isterimu sudah dilancarkan.

Lagu yang sudah pun berada di semua platform digital sejak 22 Februari lalu merupakan hasil ciptaan Ajai dan lirik oleh Iman Imran bukan sahaja cukup menangkap halwa telinga, tetapi liriknya juga mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

“Memang rindu sebenarnya nak mengeluarkan lagu baharu setelah Young & Gentlemen keluar dua tahun yang lalu. Bila sudah ada peluang begini, sudah pasti saya gembira memandangkan ada produk baharu untuk diberikan kepada peminat.

“Lagu ini sendiri ada banyak perbezaan berbanding dengan lagu terdahulu. Genre ‘world music’ dan ‘fusion’ lebih menghiburkan serta dekat dengan peminat memandangkan ini merupakan asam garam dalam berumah tangga,” katanya.

Menariknya, Mantan Isterimu digarap berdasarkan kisah perempuan yang gila talak selepas berlakunya perceraian. Bagi Haiza, perkara itu bukan tabu dalam kalangan masyarakat tetapi ia sememangnya realiti hidup yang perlu didepani.

Sebut sahaja gila talak, masyarakat biasanya akan teringatkan lelaki memandangkan kebanyakan kes ini pernah berlaku walhal ada juga wanita tidak ‘move on’ sebaik sahaja berlakunya penceraian.

“Kita faham tak semua orang akan ‘move on’ bila berlaku perpisahan. Kenapa perkara tersebut terjadi? Hanya mereka sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi sedangkan orang luar terus menerus membuat andaian.

“Semua kisah masyarakat yang berlaku dirumus dalam lagu ini. Bagi saya ini sesuatu yang segar, lain dan dekat dengan pendengar,” ujarnya yang menganggap ini merupakan sebuah kritikan sosial kepada masyarakat.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya pula, penyampai radio Kool FM ini turut merasai perubahan besar dalam kerjaya sejak Covid-19 melanda dunia.

Jika dahulu dia sering melakukan banyak pekerjaan dalam satu masa yang sama, kini fokusnya lebih tertumpu kepada radio memandangkan sudah kekurangan acara hiburan berbanding dahulu.

“Dulu saya buat tiga atau empat kerja sekali gus. Sekarang sudah tak banyak tawaran membuat persembahan memandangkan acara hiburan makin kurang disebabkan. Tapi saya bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan tetap.

“Ada dalam kalangan rakan-rakan artis lain juga berhadapan dengan masalah yang sama sampai terpaksa mencari pendapatan dengan cara yang lain. Semua orang pun terkesan, ini realiti yang sudah dihadapi oleh semua,” tambahnya lagi.

Baginya semua orang perlu mengambil peluang menggunakan platform digital untuk melakukan apa sahaja demi mencari sumber pendapatan atau mencari rangkaian baru.

Dengan ada pelbagai platform, siapa sahaja mampu melakukan apa sahaja termasuklah berniaga, memasarkan produk dan sebagainya. Dia juga tidak terkecuali dalam hal tersebut untuk memasarkan Mantan Isterimu.

“Perubahan semasa tetap akan berlaku dan semua orang perlu memanfaatkan peluang yang ada. Kita berusaha dan Tuhan juga yang menentukan, apa yang penting adalah langkah pertama itu,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This