PM berlepas ke Tanah Suci, mula lawatan ke Asia Barat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TAN Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan rasmi sulung ke Asia Barat dengan berangkat ke Tanah Suci Mekah hari ini bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Menurut Perdana Menteri, beliau akan menunaikan ibadah umrah di Mekah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh pada 9 Mac ini.

“Selain menghadap Yang Teramat Mulia Raja Salman, saya dijadual mengadakan pertemuan dengan Yang Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook miliknya hari ini.

Baca artikel berkaitan: Muhyiddin garis strategi keluar dari ‘perangkap pendapatan pertengahan’

Semalam, Wisma Putra dalam kenyataan memberitahu Muhyiddin akan mengadakan lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi bermula hari ini hingga 9 Mac diikuti ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 9 hingga 11 Mac.

Wisma Putra berkata, lawatan itu merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri sejak memegang jawatan pada 1 Mac 2020.

Lawatan ke Arab Saudi itu sebagai memenuhi jemputan Raja Salman yang juga Penjaga Dua Masjid Suci pada April 2020.

Muhyiddin juga adalah ketua kerajaan pertama dijemput Raja Salman susulan Persidangan Al-Ula pada 5 Januari 2021.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, lawatan itu cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap lebih tinggi.

Beliau memberitahu, soal kuota haji dan urusan umrah juga akan menjadi topik perbincangan dalam pertemuan berkenaan.

“Dari Arab Saudi, Insya-Allah saya akan terus ke UAE untuk bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum.

“Doakan agar perjalanan saya ini dipermudahkan dan segala urusan demi kemaslahatan ummah mendapat barakah oleh Allah SWT. Amin,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This