PRU-15 Jun-Julai? Bersatu nafi maklumat intipati mesyuarat MPT

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan penyebaran maklumat yang kononnya adalah intipati Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, bertarikh 4 Mac 2021 melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook dan ditujukan kepada Ketua Bahagian Bersatu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, segala maklumat yang terkandung dalam sebaran tersebut adalah tidak benar dan palsu.

Selain itu, Ahli Parlimen Larut itu berkata, maklumat yang disebarkan itu tidak mempunyai kaitan sama sekali terhadap mana-mana mesyuarat MPT yang telah berlangsung.

BERITA BERKAITAN: Undian menuju PRU-15, BN mendahului

“Sehubungan itu, Bersatu akan membuat laporan polis terhadap penyebaran berita palsu itu bagi menjejaki dalang disebalik penyebarannya dan tidak teragak-agak untuk menggunakan semua lunas perundangan yang ada bagi melindungi kepentingan parti serta ahli Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara kandungan mesej yang tersebar sejak semalam itu yang kononnya intipati mesyuarat MPT bersatu, ialah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Ketua-ketua Bahagian parti itu bersiap sedia dengan Pilihan Raya Umum (PRU) antara Jun dan Julai tahun ini. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This