Tiada kejadian ‘potong barisan’ dapatkan vaksin – Adham Baba

Dari Penulis

MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba mengesahkan siasatan kementeriannya mendapati tiada bukti menunjukkan berlaku kejadian ‘potong barisan’ bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Siasatan mengenai dakwaan pemotongan barisan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 tidak menunjukkan bukti bahawa kejadian seperti itu berlaku di negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laman Twitter.

Beberapa pihak sebelum ini membuat dakwaan berlaku ‘potong barisan’ dalam proses pemberian vaksin fasa pertama negara yang sepatutnya diberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata, beliau sudah memaklumkan dakwaan itu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah untuk menjalankan siasatan.

Malahan, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut menawarkan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan itu untuk terus melaporkan kepadanya melalui e-mel.

BERITA BERKAITAN Iklan jual vaksin COVID-19, KKM ingatkan jangan percaya

Dr. Adham dalam kenyataan lain menyatakan 112,914 rakyat negara ini telah diberikan dos pertama vaksin setakat 5 Mac.

KKM juga menyatakan, mulai semalam, selain menggunakan aplikasi MySejahtera, orang ramai kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi melalui dua lagi kaedah iaitu mendaftar di laman web http://vaksincovid.gov.my atau hubungi talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di 1800-888-828. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This