Usahawan belia TUBE catat RM127.17 juta nilai jualan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

USAHAWAN belia program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) telah merekodkan RM127.17 juta nilai jualan terkumpul sejak program tersebut diperkenalkan pada tahun 2014.

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam kenyataan, program TUBE yang dilaksanakan kementerian itu menerusi agensinya iaitu SME Corp. Malaysia telah direka khas bagi mempersiap belia bumiputera yang mempunyai minat mendalam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Kementerian itu memberitahu, nilai terkumpul yang dicatatkan itu adalah berdasarkan 5,638 usahawan daripada 5,766 belia bumiputera yang telah dilatih dan dibimbing di seluruh negara.

“Daripada perniagaan yang dijalankan, program ini juga telah berjaya mewujudkan 10,581 peluang pekerjaan termasuk bagi peserta program itu sendiri,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Lebih ramai usahawan akan dilatih harungi COVID-19 – INSKEN

Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) dalam sesi meet & greet serta penyerahan mock-up cek program TUBE Kelantan turut mengumumkan seramai 509 usahawan belia negeri tersebut yang menyertai TUBE telah menjana RM8.35 juta nilai jualan terkumpul serta mewujudkan 825 peluang pekerjaan.

Dalam sesi berkenaan, Wan Junaidi turut menyampaikan geran perniagaan berjumlah RM150,000 kepada wakil 10 orang peserta TUBE 7.0 yang telah berjaya menamatkan latihan tahun lalu dan telah memulakan perniagaan masing-masing.

Beliau dalam ucapannya turut mengingatkan usahawan agar sentiasa peka dengan perubahan landskap perniagaan dan melengkapkan diri dengan pengetahuan terutama mengenai aplikasi digital dan e-dagang skim-skim bantuan kewangan serta program pembangunan perniagaan yang ditawarkan kerajaan dan agensinya.

“Kerajaan akan terus komited dan memberikan sokongan bagi memastikan keupayaan perniagaan dapat dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi sejajar dengan kehendak semasa pelanggan,” jelas beliau.

Setiap tahun, program TUBE melatih 500 peserta namun tahun lalu menyaksikan 765 peserta telah dilatih di bawah TUBE 7.0 termasuk 65 peserta dari Kelantan.

Tahun lalu juga menyaksikan buat pertama kalinya latihan TUBE dilaksanakan secara dalam talian bagi tujuan keselamatan dan kesihatan selepas pandemik Covid-19 melanda.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This