Cara masak spageti bolognese daging yang sedap dan mudah

Dari Penulis

Resipi spageti bolognese daging ini memang sedap dan mudah disediakan. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN
150 gm spageti – rebus
60 gm daging kisar
10 gm keju mozarela
10 gm keju cheddar
4 ulas bawang putih – hiris halus
2 helai daun basil – cincang halus
100 gm tomato puri
1 sudu besar sos cili
Serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
Sedikit keju parmesan

CARA

1.Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan separuh bawang putih sehingga naik bau. Selepas itu masukkan spageti, sedikit lada hitam dan sedikit daun basil. Kacau sebati dan ketepikan.
2.Untuk sos bolognese, masukkan sedikit minyak zaitun dan tumiskan separuh lagi bawang putih sehingga naik bau dan masukkan daging dan daun pasli.
3.Masukkan tomato puri, sos cili, keju mozarela, keju cheddar dan sedikit lada hitam secukup rasa. Kacau sebati sehingga masak.
4.Akhir sekali tuang sos bolognese di atas spageti dan taburkan sedikit keju parmesan di atas. Sedia dihidang.
Resipi: Rizamudin Mugeni

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This