Ibu mentua Hannah Delisha & Imam Shah minta bersabar – “SyurgaMu merestuimu…”

Dari Penulis

SELEPAS ibu kepada pelakon Hannah Delisha iaitu Noor Ashikin Ahmad seperti memberi bayangan tidak merestui pernikahan anaknya dengan pilihan hati, kini giliran ibu mentuanya pula meluahkan perasaan.

Ibu Imam Shah iaitu Mariana Yati menerusi entri di Instagram mendoakan agar perkahwinan anak serta menantunya itu kekal hingga ke syurga.

Malah, Mariana yang juga seorang pelakon veteran Singapura turut menitipkan pesanan supaya pasangan itu terus bersabar mendepani ujian yang mendatang.

“Semoga mahligai yang dibina sampai ke syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah.

“Allah itu Al-Alim. Ingat itu Imam dan Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua.

“Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang lain, Mariana turut memberitahu jika dia merestui perkahwinan anaknya dan Hannah.

“SyurgaMu merestuimu, anakku,” ujarnya.

Kontroversi bermula apabila Noor Ashikin memuat naik kata-kata puisi di Instagram miliknya @kakcikwujudku seolah-olah kecewa dengan tindakan anaknya.

Lebih menguatkan lagi spekulasi apabila Noor Ashikin turut menggunakan tanda pagar #IbuTidakRestu di akhir penulisannya yang mengundang tanda tanya tentang perkahwinan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Perkahwinan Hannah Delisha & Imam Shah tak dapat restu?, #IbuTidakRestu cetus tanda tanya


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This