Perkahwinan Hannah Delisha & Imam Shah tak dapat restu?, #IbuTidakRestu cetus tanda tanya

Dari Penulis

USIA perkahwinannya belum pun sebulan, namun tiada angin, tiada ribut, perkahwinan pelakon Hannah Delisha dan Imam Shah mula menjadi perbualan hangat.

Semua itu bermula apabila ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad meluahkan perasaannya dalam bentuk puisi menerusi hantaran di Instagramnya di @kakcikwujudku.

Lebih menjadikan tanda tanya, perkahwinan Hannah dan suaminya yang juga seorang pelakon itu didakwa tidak mendapat restu ia berikutan tanda pagar #IbuTidakRestu yang ditulis oleh Noor Ashikin.

“Di suatu ketika dahulu kala, tercatat sebuah hikayat cerita. Negara yang terletak diufuk khatulistiwa, Antah Berantah nama tempatnya.

“Di sana tinggal seorang ibu bersama seorang anak perempuannya. Sang ibu pernah bernikah dengan seorang muallaf dari bangsa yang asalnya jauh di hujung benua.

“Jodoh tiada berkekalan, bercerai mereka tidak lama kemudian. Sang anak yang masih kecil, dibesarkan oleh ibunya. Termampu daya, semampu karya -Sang ibu cuba berusaha.

“Tidak mudah, tidak sempurna segala yang ada sang ibu mencuba. Peras keringat, beranting tulang, sang ibu berkorban apa sahaja. Apabila dewasa, sang anak bercinta. Cinta yang datang dengan al kisahnya.

“Terjadi suatu yang membelenggu, maka itu tiada restu. Sang ibu membawa diri, fitnah tohmah silih berganti. Salah siapa bukan inti, salah sendiri menjadi paksi. Allah sentiasa menyaksi.

“Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia, ditutupi pula dengan media,” demikian puisi yang diluahkan menerusi ruangan kapsyen di Instagram.

Noor Ashikin merupakan penyanyi Singapura pada era 80-an dan pernah mendirikan rumah tangga dengan bapa Hannah, Peter Blackburne Birch yang berasal dari England.

Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch dan Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib bernikah di Singapura pada 18 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Hannah Delisha dah kahwin, pelakon Singapura jadi pilihan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This