Alasan naikkan caruman Perkeso tidak masuk akal

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ALASAN kerajaan yang sedang mengkaji kemungkinan untuk menaikkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Ini adalah kerana Setiausaha Agung Kesatuan Nasional Pekerja Bank (NUBE), J. Solomon berpendapat, peningkatan jumlah pencarum Perkeso setiap tahun termasuk pekerja asing membuatkan tiada sebab untuk caruman tersebut dinaikkan.

J. Solomon

Solomon malah berkata, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan perlu terlebih dahulu menilai tahap ketelusan dan kebertanggungjawaban Perkeso dalam menguruskan dananya sebelum membicarakan keperluan menaikkan caruman.

Beliau turut mendakwa, berdasarkan rekod lampau, Perkeso tidak menguruskan dana termasuk caruman pekerja dengan berhemah sekali gus terdapat keperluan menubuhkan jawatankuasa siasatan khas mengenai pengurusan dana agensi berkenaan.

“Untuk sekian lama, rakyat mengikuti pelbagai kes melibatkan ahli Perkeso menghadapi pelbagai kerenah birokrasi dan terpaksa melalui lapisan demi lapisan pemeriksaan perubatan untuk mendapatkan bantuan.

“Permohonan mereka kerap ditolak Perkeso atas pelbagai alasan yang tidak adil. Ada ahli Perkeso terpaksa ke mahkamah menuntuk keadilan daripada organisasi itu bagi mendapatkan bantuan bulanan beberapa ratus ringgit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Wakil media bertemu Timbalan Menteri bincang nasib peserta industri

Segera tubuh yayasan kebajikan media – MPI

Kelmarin, Saravanan dalam sidang akhbar selepas menyaksikan perjanjian memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik antara Kementerian Sumber Manusia dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dilaporkan berkata kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar caruman mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan bahawa jika berlaku peningkatan sekali pun, ia tidak akan membebankan pencarum.

Saravanan menjelaskan kenaikan itu perlu dilaksanakan mengambil kira situasi semasa dan risiko yang dihadapi pekerja sekarang.

Mengulas lanjut, Solomon mendakwa, Perkeso dibelenggu beberapa pelaburan buruk dan pembaziran perbelanjaan sejak sekian lama di samping ghairah melabur dalam projek-projek mahal dengan menggunakan dana Perkeso.

Menurutnya, banyak pelaburan termasuk pembelian pelbagai aset menggunakan dana Perkeso gagal membawa pulangan yang disasarkan.

“Sehubungan itu, NUBE mendesak Saravanan untuk mempamerkan keprihatinan dan memahami bagaimana rakyat serta pekerja terkesan semasa pandemik Covid-19 di samping tidak hanya selesa membuat pengumuman menaikkan caruman Perkeso.

“Beliau dan pengurusan Perkeso harus telus dengan pengurusan dana organisasi itu khususnya mengenai pelaburan merugikan dan pembaziran melibatkan projek-projek berskala besar,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This